Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM Eksekutif (DPLI) Mod Cuti Sekolah

KSBB merupakan Pengurus Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM Eksekutif (DPLI) melalui Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional UKM (UKMSHAPE)

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM Eksekutif (DPLI) melalui Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional UKM (UKMSHAPE).

Pengenalan

Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Eksekutif UKM (Mod Cuti Sekolah) dirangka secara sistematik bagi memenuhi perkhidmatan pendidikan berkualiti secara digital dan hibrid selari dengan permintaan pasaran pekerjaan khususnya dalam aliran sains sosial. Kesinambungan itu, KSBB memulakan projek rintis dengan menawarakan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM Eksekutif (DPLIE) dengan kerjasama Fakulti Pendidikan UKM bersama Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional UKM (UKMSHAPE).

Objektif Program

  • Menwarkan program DPLI tanpa perlu memohon cuti pengajian dengan kos yang berpatutan
  • Meningkatkan penguasaan pengetahuan asas dan kemahiran khusus yang relevan dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Meningkatkan kemampuan dan kebolehan penyelidikan berasaskan sekolah.
  • Melahirkan pendidik yang profesional, berkualiti dan berkompentesnsi dalam pengajaran & pembelajaran.

Kelebihan Program DPLI Eksekutif UKM

  • Yuran Pengajian berpatutan
  • Dijalankan semasa cuti persekolahan
  • Jangkamasa pengajian selama 1 tahun 6 bulan (18bulan)
  • Pensyarah berpengalaman dan berkelayakan tinggi
  • Pengiktirafan kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Info Ringkas Permohonan

  • Pemohon mempunyai nilai PNGK Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya 2.5.
  • Temuduga hanya akan dibuat sekiranya PNGK pemohon di bawah 2.5 selain tempoh bekerja juga akan diambil kira.
  • Ujian MEdSI akan dijalankan pada Semester Kedua.
  • Tiada had umur permohonan.  

Yuran Pengajian

Yuran Pengajian: Rujuk di sini

Struktur Pengajian

Struktur: Kerja Kursus & Praktikum (Rujuk Jadual Kursus Mengikut Semester)

Kursus Mengikut Semester

Pembahagian Jam Kuliah

Takwim Kuliah

Sertai Channel Telegram Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM Eksekutif (Mod Cuti Sekolah) Ambilan Februari 2024 untuk maklumat terkini:
 

1. DPLI UKM EKSEKUTIF : CHANNEL UMUM

Klik di bawah untuk lihat cara permohonan

Sebarang pertanyaan berkaitan Program DPLI Eksekutif UKM (Mod Cuti Sekolah), sila hubungi:

Cik Nik Nurzuhayra: +6011-60809134 

atau klik di bawah untuk Whatsapp

Cik Nurul Syazwani : +6014-9887114

atau klik di bawah untuk Whatsapp

Puan Nabilah : +6011-28032115

atau klik di bawah untuk Whatsapp