Sarjana Pendidikan dalam Sosiologi Pendidikan

Sarjana Pendidikan dalam Sosiologi PendidikanMQA/SWA0560 Dalam bidang ini, pelajar membelajari teori-teori tentang perubahan sosial serta membincangkan isu dan masalah sosial yang timbul akibat perubahan yang berlaku, dan bagaimana pendidikan berubah dalam menangani keadaan tersebut. Pelajar turut mengkaji hubungan antara pendidikan dengan pembangunan ekonomi dan politik. Bidang ini turut mendedahkan pelajar kepada bagaimana arus ekonomi dan […]

Sarjana Pendidikan dalam Pengajian Sukan

Sarjana Pendidikan dalam Pengajian SukanMQA/SWA0555 Pelajar didedahkan kepada aspek-aspek dalam pengurusan sukan seperti perancangan, pengaturan, kepimpinan, pengawalan serta penilaian. Pelajar juga dibimbing untuk menganalisa secara konstruktif mengenai prinsip, teori, kajian, dan rumusan dalam psikologi kesukanan, selain dilatih membuat perincian pengurusan ko-kurikulum sukan sekolah. Bidang ini turut memberi tumpuan kepada peranan motivasi dalam mempengaruhi perlakuan, peranan […]

Sarjana Pendidikan dalam Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan

Sarjana Pendidikan dalam Pendidikan Perniagaan dan KeusahawananMQA/SWA0548 Dalam program pengkhususan ini, pelajar mengkaji dan menganalisa jenis-jenis teori, faktor dan budaya yang mempengaruhi dan menggalakkan pembangunan usahawan di negara-negara membangun dan sedang membangun. Masalah dan budaya pengurusan kewangan turut dikupas dan dibincangkan, termasuk dari perspektif prinsip dan etika Islam dari zaman Rasulullah S.A.W. hingga zaman sekarang. […]

Sarjana Pendidikan dalam Pendidikan Komputer

Sarjana Pendidikan dalam Pendidikan KomputerMQA/SWA0546 Pengkhususan ini memberi peluang kepada pelajarnya meneroka teori-teori dan strategi-strategi pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam program latihan komputer serta membincangkan peranan fasilitator bagi kursus-kursus komputer. Perbincangan juga dilanjutkan kepada isu-isu dan kepentingan pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan komputer dalam program pendidikan komputer, kepentingan komputer sebagai alat pemboleh kemahiran berfikir dan perananya […]

Sarjana Pendidikan dalam Pembangunan Ekonomi

Sarjana Pendidikan dalam Pembangunan EkonomiMQA/SWA0543 Pelajar akan membincangkan isu-isu ekonomi dalam pendidikan, misalnya nilai-nilai ekonomi dalam pendidikan, pendidikan sebagai sebuat industri, pendidikan dan modal insan, kos dan nilai faedah dalam pendidikan, pelaburan dalam pendidikan, pembiayaan dan pulangan pendidikan, serta produktiviti dalam pendidikan. Pelajar juga didedahkan kepada pelbagai kaedah dan dapatan penyelidikan dalam pendidikan ekonomi. Kefahaman […]

Sarjana Pendidikan dalam Pendidikan Bahasa Arab

Sarjana Pendidikan dalam Pendidikan Bahasa ArabMQA/SWA0541 Pelajar pengkhususan ini membincangkan aspek-aspek penting dalam komponen linguistik Arab, perkembangan aliran pemikiran pendidikan bahasa Arab dan aplikasinya dalam konteks pendidikan bahasa Arab di Malaysia. Selain itu, pelajar didedahkan kepada asas-asas perancangan dan pembinaan kurikulum bahasa Arab serta pelaksanaan kurikulum bahasa Arab dalam suasana sistem pendidikan di Malaysia. Seterusnya […]

Sarjana Pendidikan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Sarjana Pendidikan dalam Pendidikan Awal Kanak-KanakMQA/SWA0549 Pelajar pengkhususan ini membincangkan pelbagai teori perkembangan kanak-kanak dari sudut perkembangan motor dan fizikal, persepsi, kognisi, bahasa, sosial dan moral. Pelajar juga didedahkan kepada amali di lapangan kajian bagi tujuan mengaplikasikan ilmu teori kepada dunia sebenar. Selain itu, pelajar membincangkan pendekatan kaedah pengajaran yang sesuai untuk kanak-kanak dan mengaitkannya […]

Sarjana Pendidikan dalam Psikologi Pendidikan

Sarjana Pendidikan dalam Psikologi PendidikanMQA/SWA0557 Pelajar bidang pengkhususan ini diberi peluang memahami beberapa teori dalam memahami kesihatan mental terlebih dahulu, kemudian membincangkan beberapa teori pengajaran dan pembelajaran yang boleh meningkatkan prestasi dan pencapaian guru dan pendidik. Dapatan-dapatan kajian tentang pengajaran dan pembelajaran juga dibincangkan. Pelajar juga diperkenalkan kepada konsep pemikiran serta model-model kemahiran berfikir, misalnya […]

Sarjana Pendidikan dalam Pendidikan Matematik

Sarjana Pendidikan dalam Pendidikan MatematikMQA/SWA0547 Pelajar didedahkan kepada sejarah matematik serta bidang-bidang dalam pendidikan yang mempunyai kaitan dengan amalan pengajaran dan pembelajaran matematik, termasuk falsafah, kurikulum, psikologi, sosiologi, komunikasi, pedagogi, kemahiran berfikir dan penilaian dalam pendidikan matematik. Seterusnya pelajar meninjau aspek-aspek psikologi yang berkaitan dengan pendidikan matematik, teori serta model pengajaran dan pembelajaran. Pelajar turut […]

Sarjana Pendidikan dalam Pendidikan Sejarah

Sarjana Pendidikan dalam Pendidikan SejarahMQA/SWA0552 Pelajar membincangkan latar belakang, tujuan dan objektif pendidikan sejarah di Malaysia serta berubahan dalam kurikulum dan isu-isu terkini dalam bidang pendidikan sejarah di Malaysia. Seterusnya pelajar mempertingkatkan kefahaman asas tentang pemikiran yang terkandung dalam ilmu sejarah dan didedahkan kepada beberapa kaedah penyelidikan yang sesuai digunakan dalam pendidikan sejarah. Teori-teori, teknik, […]