Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) MQA/SWA0553

Pelajar program ini berpeluang membincang serta menghuraikan isu-isu, teori dan amalan yang berkaitan dalam kerangka pendidikan dan kebudayaan di negara-negara maju serta Malaysia. Fokus diberikan terhadap komunikasi silang budaya dan peranan budaya dalam pendidikan sebagai asas kefahaman dan kesedaran dalam pendidikan pelbagai budaya dan bahasa. Pelajar juga didedahkan kepada prinsip-prinsip asas dalam penyelidikan dan meninjau perkembangan terbaru dalam penyelidikan pengajaran bahasa. Selain itu, pelajar juga dibimbing untuk mengkaji bahasa, secara spesifiknya Bahasa Melayu dan Inggeris dalam pelbagai konteks sosial dan budaya.

TUJUAN PROGRAM:

Membolehkan pelajarnya:

  • Mengetahui prinsip-prinsip teori bahasa dan linguistik dari sudut struktur, psikologi, dan sosial dan kesedaran tentang cara pengetahuan ini menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa.
  • Memahami prinsip-prinsip pembangunan kurikulum dan bagaimana ia diaplikasikan dalam konteks spesifik pengajaran bahasa.
  • Pemahaman terhadap pelbagai pendekatan kepada pengajaran bahasa, ujian, dan penilaian dalam konteks pembangunan bahasa serantau.

KURSUS-KURSUS PENGKHUSUSAN:

  • Multicultural and Multilingual Education
  • Current Trends in Language Teaching Research
  • Pyscholinguistics and Language Teaching
  • Sociolinguistics and Language Teaching
  • Applied Linguistics and Language Teaching
  • Materials for Language Teaching and Learning
  • Language Policy and Curriculum Planning
  • Language Learning Strategies Instruction