Maklumat Korporat KSBB

KSBB merupakan Pengurus Program Sarjana Pendidikan melalui Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMSHAPE) UKM

Koperasi Siswazah Bangi Berhad (KSBB) telah ditubuhkan pada tahun 2016. Penubuhan koperasi ini bertujuan untuk memberi ruang kepada siswazah untuk menjadikan koperasi sebagai medium menjalankan perniagaan berteraskan perkhidmatan. Ini memberi peluang kepada siswazah untuk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan secara langsung.

Pengurusan Koperasi Siswazah Bangi Berhad (KSBB) ke arah ISO 9001:2015

Tujuan Penubuhan

Sejajar dengan Misi Syarikat untuk mengorak langkah lebih jauh dalam bidang ini. KSBB komited dan berazam untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif dan mesra dengan pelanggan, pekerja, pembekal serta masyarakat sekitar. Secara spesifiknya, tujuan penubuhan KSBB adalah seperti berikut:

Menyediakan platform berwibawa kepada ahli untuk menawarkan khidmat perundingan

Membina jaringan perniagaan dan sosial
Menyediakan peluang latihan kepada ahli dalam penawaran khidmat perundingan
Menggalakkan sikap bekerjasama dalam kalangan ahli dan bergerak secara berkumpulan