Kata-Kata Aluan

MUHAMMAD IQBAL MOHD NOOR

Pengerusi

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan kurnia dan rahmatNya, KSBB telah berjaya ditubuhkan pada 11 November 2016 yang memberi peluang kepada siswazah untuk memperkembangkan idea dan kreativiti dalam perniagaan yang berteraskan kepada perkhidmatan. Dengan penubuhan KSBB ini, bukan sahaja memberi manfaat kepada ahli perniagaan malah membuka peluang pekerjaan kepada fresh graduate untuk mencari pengalaman, berkongsi idea dan meningkatkan taraf ekonomi sendiri.

KSBB sebagai pengurus pelaksana Program Sarjana Pendidikan Eksekutif UKM akan menuju ke aras perlaksanaan kuliah secara Massive Open Online Courses (MOOC). Selain itu pelajar pascasiswazah akan didedahkan dengan penyelidikan yang diselia oleh para akademik berkepakaran. Menerusi penyelidikan para pelajar dapat menjana ilmu, teori, modul, perisian, pendekatan pengajaran yang berinovasi kearah pembentukan pendidikan selaras dengan era Revolusi Industri 4.0