Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UKM Mod Cuti Sekolah
KSBB merupakan Pengurus Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UKM Mod Cuti Sekolah melalui Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional UKM (UKMSHAPE)

Pastikan pemohon membaca semua maklumat dibawah sebelum meneruskan permohonan !
Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UKM melalui Fakulti Pendidikan UKM dan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional UKM (UKMSHAPE).
Pengenalan
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UKM (Mod Cuti Sekolah) dirangka secara sistematik bagi memenuhi perkhidmatan pendidikan berkualiti secara digital dan hibrid selari dengan permintaan pasaran pekerjaan khususnya dalam aliran sains sosial. Kesinambungan itu, KSBB memulakan projek rintis dengan menawarkan program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UKM (Mod Cuti Sekolah) dengan kerjasama Fakulti Pendidikan UKM bersama Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional UKM (UKMSHAPE).
Objektif Program
- Menwarkan program DPP tanpa perlu memohon cuti pengajian dengan kos yang berpatutan
- Meningkatkan penguasaan pengetahuan asas dan kemahiran khusus yang relevan dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Meningkatkan kemampuan dan kebolehan penyelidikan berasaskan sekolah.
- Melahirkan pendidik yang profesional, berkualiti dan berkompentesnsi dalam pengajaran & pembelajaran.
Kelebihan Program DPP UKM Mod Cuti Sekolah
- Yuran Pengajian berpatutan
- Dijalankan semasa cuti penggal persekolahan
- Jangkamasa pengajian selama 1 tahun 6 bulan (18bulan)
- Pensyarah berpengalaman dan berkelayakan tinggi
- Pengiktirafan kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Syarat Kemasukan
- Pemohon memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi program Ijazah Sarjana Muda atau setara dengannya ATAU
- Pemohon yang tidak mencapai PNGK 2.50 bagi program Ijazah Sarjana Muda atau setara dengannya boleh diterima masuk tertakluk kepada sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan, DAN
- Lulus temu duga di peringkat Fakulti Pendidikan UKM.
Yuran Pengajian
Struktur Pengajian
Struktur: Kerja Kursus & Praktikum (Rujuk Jadual Kursus Mengikut Semester)
Kursus Mengikut Semester
Pembahagian Jam Kuliah

1. DPP UKM MOD CUTI SEKOLAH : CHANNEL UMUM
Kelulusan MQA bagi program DPP UKM

Klik di bawah untuk lihat cara permohonan