Sarjana Pendidikan dalam Pendidikan Khas dan Inklusif
MQA/SWA0545

Pelajar pengkhususan ini mengenalpasti aspek-aspek atau isu-isu dalam pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas dan meninjau secara mendalam literatur terkini mengenai isu yang telah dikenalpasti. Selain itu, pengetahuan tentang aspek perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, sosial, emosi dan perkembangan personaliti turut dibincangkan dan seterusnya pelajar mengatur strategi yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas. Pelajar juga mengkaji dasar, prinsip serta isu-isu pengurusan dan pentadbiran dalam pendidikan khas. Pengkhususan ini menekankan kefahaman pelajar terhadap penyesuaian konsep integrasi, inklusif dan program-program pemulihan dalam komuniti dalam usaha untuk membina masyarakat Malaysia yang penyayang dan prihatin terhadap komuniti orang kurang upaya.

TUJUAN PROGRAM:

Membolehkan pelajarnya:

  • Memperolehi pengetahuan yang mendalam tentang konsep dan pendekatan inklusif terhadap pendidikan kanak-kanak dengan keperluan khas.
  • Memahami hubungan antara agensi dan sistem sokongan dalam usaha untuk mempertingkatkan perkhidmatan  bagi pelajar berkeperluan khas melalui tajuk yang dibincangkan.
  • Menerapkan konsep dan teori di dalam memenuhi keperluan dan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.
  • Berkeupayaan meningkatkan kefahaman dan perkhidmatan dalam usaha melaksanakan dasar-dasar kerajaan terhadap pendidikan dan pemulihan populasi berkeperluan khas.

KURSUS-KURSUS PENGKHUSUSAN:

  • Isu-isu dalam Pendidikan Khas
  • Teori dan Proses Perkembangan Kanak-kanak dengan Keperluan Khas
  • Seminar Pendidikan Khas
  • Koloborasi dan Konsulansi dalam Pendidikan Khas
  • Program Transisi untuk Pelajar Berkeperluan Khas
  • Penaksiran dan Penilaian dalam Pendidikan Khas