Sarjana Pendidikan dalam Pendidikan Bahasa Melayu
MQA/SWA0542

Pengkhususan ini memberi peluang kepada pelajarnya mengkaji dan menilai kajian-kajian pengajaran bahasa yang telah dijalankan dari segi reka bentuk dan kaedah kajian, membincangkan profil sosiolinguistik bahasa Melayu dan Inggeris, kedwibahasaan bahasa dan implikasinya terhadap pembelajaran, sikap dan motivasi dalam pembelajaran bahasa, fungsi pertuturan, kesantunan dan lakuan bahasa dalam komunikasi, kecekapan bahasa, dan kecekapan sosiolinguistik dan implikasinya. Pelajar juga berpelulang membincangkan isu-isu (perkaedahan dan strategi, komponen sastera, analisis kesilapan bahasa, penilaian dan pentaksiran) dalam pendidikan bahasa pada abad ke-21, teori pembelajaran bahasa dan implikasinya.

TUJUAN PROGRAM:

Membolehkan pelajarnya:

  • Menguasai pengetahuan tentang prinsip analisis bahasa dan teori linguistik (struktural, psikolinguistik dan sosiolinguistik) serta menyedari sumbangan pengetahuan tersebut terhadap pengajaran Bahasa Melayu.
  • Memahami prinsip perkembangan kurikulum bahasa dan bagaimana prinsip-prinsip ini dapat digunakan dalam situasi pengajaran Bahasa Melayu.
  • Memahami pelbagai pendekatan pengajaran dan penilaian dalam Pendidikan Bahasa Melayu.
  • Memahami dan mengenal pasti jenis-jenis penyelidikan dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu.
  • Menguasai kemahiran bagi penyelesaian masalah pengajaran Bahasa Melayu secara sepadu dan antara disiplin.

 

KURSUS-KURSUS PENGKHUSUSAN:

  • Aliran Terkini dalam Penyelidikan Pengajaran Bahasa
  • Psikolinguistik dan Pengajaran Bahasa
  • Sosiolinguistik dan Pengajaran Bahasa
  • Linguistik Terapan dan Pengajaran Bahasa
  • Polisi dan Perancangan Bahasa: Implikasinya terhadap Pengajaran Bahasa
  • Pengajaran Strategi Pembelajaran Bahasa