Sarjana Pendidikan dalam Pendidikan Islam
MQA/SWA0544

Dalam pengajian ini, pelajar diperkenalkan kepada latar belakang, analisa serta perbahasan berkenaan dengan aliran-aliran utama falsafah pendidikan, Islamisasi ilmu dan klasifikasi ilmu dalam Pendidikan Islam. Pelajar juga didedahkan kepada sumber-sumber pendidikan, aplikasinya, analisa secara kritis tentang kaedah serta gaya pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Selain itu, pelajar turut didedahkan kepada asas-asas perancangan, pembinaan kurikulum, akhlak serta etika, dan pengurusan Pendidikan Islam dari zaman Rasullullah sehingga ke mana kini dalam sistem pendidikan Malaysia.

TUJUAN PROGRAM:

Membolehkan pelajarnya:

  • Memperoleh pengertian Pengajian Islam yang lebih praktikal dalam menghadapi cabaran masyarakat semasa.
  • Membincangkan pelbagai pendekatan Pendidikan Islam yang berorientasikan perkembangan individu.
  • Menguasai pelbagai kaedah dan teknik pengajaran Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah, menengah dan Institusi Pengajian Tinggi.

 

KURSUS-KURSUS PENGKHUSUSAN:

  • Falsafah dan Pemikiran Pendidikan Dalam Islam
  • Sumber-sumber Pendidikan Islam
  • Metodologi Pengajaran Pendidikan Islam
  • Peradaban Islam dan Tamadun Dunia
  • Perancangan Kurikulum Pendidikan Islam
  • Akhlak, Etika dan Pendidikan
  • Pengurusan Institusi Pendidikan Islam
  • Penaksiran Bersepadu Dalam Pendidikan Islam