Sarjana Pendidikan dalam Pengurusan Pendidikan
MQA/SWA0556

Dalam bidang ini, pelajar mengkaji pendekatan pentadbiran pendidikan di Malaysia, prinsip-prinsip pengurusan dan kepimpinan awam serta implikasinya terhadap pentadbiran pendidikan pada masa depan. Selain itu, pelajar juga membincangkan perancangan pendidikan dan kos kualiti pendidikan organisasi perancangan dari perspektif kecekapan, perancangan strategik dan taktikal, serta isu-isu perancangan pendidikan di Malaysia. Pengkhususan ini turut menyentuh kefahaman tentang tugas-tugas kepengetuaan serta peranan pengetua di samping mendedahkan pelajar tentang pengurusan sumber manusia khususnya dalam bidang pendidikan, serta memberi fokus kepada aspek pembentukan, pelaksanaan dan analisa dasar-dasar pendidikan di Malaysia.

TUJUAN PROGRAM:

Membolehkan pelajarnya:

  • Mempunyai pengetahuan yang luas tentang teori dan amalan dalam bidang pengurusan organisasi pendidikan.
  • Memahami polisi, perundangan dan pelaksanaan sistem pendidikan negara.
  • Memahami proses dan strategi pelaksanaan pendidikan dari aspek pembangunan sumber manusia, ekonomi dan politik alam konteks pembangunan negara.
  • Berfikiiran lateral, kreatif dan mempunyai sikap kebertanggungjawaban.
  • Mengaplikasikan pengetahuan yang luas tentang sistem dan budaya institusi pendidikan dalam situasi kerja.

 

KURSUS-KURSUS PENGKHUSUSAN:

  • Teori Asas Pentadbiran Pendidikan
  • Perancangan Pendidikan
  • Kepengetuaan Sekolah
  • Pengurusan Sumber Manusia Dalam Pendidikan
  • Pengajian Dasar Pendidikan
  • Pengurusan Perubahan Dalam Pendidikan