Sarjana Pendidikan dalam Pendidikan Bahasa Arab
MQA/SWA0541

Pelajar pengkhususan ini membincangkan aspek-aspek penting dalam komponen linguistik Arab, perkembangan aliran pemikiran pendidikan bahasa Arab dan aplikasinya dalam konteks pendidikan bahasa Arab di Malaysia. Selain itu, pelajar didedahkan kepada asas-asas perancangan dan pembinaan kurikulum bahasa Arab serta pelaksanaan kurikulum bahasa Arab dalam suasana sistem pendidikan di Malaysia. Seterusnya pelajar membincangkan masalah-masalah yang timbul dari prisnsip-prinsip pemerolehan bahasa kedua dalam kalangan pelajar, iaitu pengaruh bahasa ibunda, perbezaan latar belakang dan masalah-masalah di sekolah dalam membelajari bahasa Arab.

TUJUAN PROGRAM:

Memjadikan pelajarnya pakar dan profesional dalam kalangan pembuat dasar dan pengamal dalam bidang pengajaran Bahasa Arab.

 

KURSUS-KURSUS PENGKHUSUSAN:

  • Kajian Linguistik dalam Pendidikan Bahasa Arab
  • Perancangan Kurikulum dalam Pendidikan Bahasa Arab
  • Pendidikan Kemahiran Bahasa Arab
  • Isu-Isu dalam Pendidikan Bahasa Arab
  • Analisis Ilmu-Ilmu Bahasa Arab dalam Pendidikan
  • Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Bahasa
  • Bahan-Bahan Pengajaran untuk Pembelajaran Bahasa
  • Perancangan dalam Pengukuran dan Penilaian