Sarjana Pendidikan dalam Pembangunan Ekonomi
MQA/SWA0543

Pelajar akan membincangkan isu-isu ekonomi dalam pendidikan, misalnya nilai-nilai ekonomi dalam pendidikan, pendidikan sebagai sebuat industri, pendidikan dan modal insan, kos dan nilai faedah dalam pendidikan, pelaburan dalam pendidikan, pembiayaan dan pulangan pendidikan, serta produktiviti dalam pendidikan. Pelajar juga didedahkan kepada pelbagai kaedah dan dapatan penyelidikan dalam pendidikan ekonomi. Kefahaman tentang teori dan model perancangan dalam pendidikan dan hubungannya dengan angkubah-angkubah ekonomi turut diberikan dalam pengkhususan ini. Selain itu, pelajar juga didedahkan kepada pengetahuan terhadap pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran ekonomi.

TUJUAN PROGRAM:

Membolehkan pelajarnya:
  • Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman terhadap Pendidikan Ekonomi.
  • Menganalisis dan menilai perkaitan antara angkubah-angkubah ekonomi dan pendidikan.
  • Mahir dalam menganalisis dan menilai pengaruh ekonomi terhadap pendidikan.
  • Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran ilmu Ekonomi.
  • Meningkatkan kemampuan menjalankan penyelidikan dalam Pendidikan Ekonomi.

 

KURSUS-KURSUS PENGKHUSUSAN:

  • Pengenalan Pendidikan Ekonomi
  • Penyelidikan dalam Pendidikan Ekonomi
  • Ekonomi dan Perancangan Pendidikan
  • Pembiayaan, Kos dan Produktiviti Pendidikan
  • Pendidikan dan Pertumbuhan Ekonomi
  • Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Ekonomi