Sarjana Pendidikan dalam Pengajian Sukan
MQA/SWA0555

Pelajar didedahkan kepada aspek-aspek dalam pengurusan sukan seperti perancangan, pengaturan, kepimpinan, pengawalan serta penilaian. Pelajar juga dibimbing untuk menganalisa secara konstruktif mengenai prinsip, teori, kajian, dan rumusan dalam psikologi kesukanan, selain dilatih membuat perincian pengurusan ko-kurikulum sukan sekolah. Bidang ini turut memberi tumpuan kepada peranan motivasi dalam mempengaruhi perlakuan, peranan ibu bapa, jurulatih, dan atlet itu sendiri dalam pencapaian serta sumber motivasi.

TUJUAN PROGRAM:

Membolehkan pelajarnya:
  • Menguasai kemahiran mengurus dan mentadbir program sukan dan ko-kurikulum di sekolah, institusi kerajaan dan swasta.
  • Berkemahiran memberi pengajaran dan latihan kepada personel yang bertugas di institusi-institusi berkenaan.
  • Mampu merangka program sukan dan ko-kurikulum yang sesuai untuk pelbagai peringkat.

 

KURSUS-KURSUS PENGKHUSUSAN:

  • Prosedur Pengurusan
  • Psikologi Sukan
  • Pengelolaan Kegiatan Ko-Kurikulum Sukan
  • Kecergasan Jasmani Lanjutan
  • Motivasi Sukan