Dalam bidang ini, pelajar membelajari teori-teori tentang perubahan sosial serta membincangkan isu dan masalah sosial yang timbul akibat perubahan yang berlaku, dan bagaimana pendidikan berubah dalam menangani keadaan tersebut. Pelajar turut mengkaji hubungan antara pendidikan dengan pembangunan ekonomi dan politik. Bidang ini turut mendedahkan pelajar kepada bagaimana arus ekonomi dan perubahan struktur penduduk (misalnya taburan umur, kadar lahir dan kematian, kumpulan etnik) dan pelaburan insan memberi kesan kepada perancangan dan dasar pendidikan. Pelajar juga meninjau isu-isu semasa dan aliran baharu dalam pendidikan dari perspektif sejarah, sosiologi, dan falsafah.