Diploma Pascasiswazah Pendidikan UKM
Mod Cuti Sekolah

Pengajian Mod Cuti Sekolah

Jadual pengajian disusun secara teliti supaya kuliah dijalankan semasa cuti penggal sekolah mengikut kalendar akademik sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Jumlah jam kredit, kandungan kursus, serta tenaga pengajar untuk pengajian mod cuti sekolah adalah sama seperti pengajian arus perdana di universiti.

Melalui pengajian mod cuti sekolah, pelajar tidak perlu mengorbankan kerjaya atau mengambil cuti panjang untuk melanjutkan pengajian. Pelajar boleh menumpukan perhatian kepada karier masing-masing dan hanya perlu mengikuti kuliah pengajian semasa cuti sekolah.

Cuti Penggal Sekolah 2026

Kumpulan A:

(Kedah, Kelantan dan Terengganu)

20 Mac 2026 – 28 Mac 2026

22 Mei 2026 – 6 Jun 2026

28 Ogos 2026 – 5 Sep 2026

4 Dis 2026 – 31 Dis 2026

Kumpulan B:

(Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, W.P. Kuala Lumpur, W.P. Labuan & W.P. Putrajaya)

21 Mac 2026 – 29 Mac 2026

23 Mei 2026 – 7 Jun 2026

29 Ogos 2026 – 6 Sep 2026

5 Dis 2026 – 31 Dis 2026

Syarat Kemasukan

  • Pemohon memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi program Ijazah Sarjana Muda atau setara dengannya ATAU
  • Pemohon yang tidak mencapai PNGK 2.50 bagi program Ijazah Sarjana Muda atau setara dengannya boleh diterima masuk tertakluk kepada sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan, DAN
  • Lulus temu duga di peringkat Fakulti Pendidikan UKM.

Yuran Pengajian

Yuran pengajian berjumlah RM10,200.00 untuk pengajian selama tiga semester. Bayaran yuran hendaklah dijelaskan secara penuh setiap semester mengikut struktur jadual bayaran yuran di bawah:

JADUAL BAYARAN YURAN DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN

 

Kohort 6 (Kemasukan Feb 2025)

Semester 1

Bayaran Pertama: RM1,500 sebelum atau pada 15 Jan 2025

Bayaran Kedua: RM1,000 sebelum atau pada 30 Mac 2025

Bayaran Ketiga: RM1,000 sebelum atau pada 30 Apr 2025

 
Semester 2

Bayaran Pertama: RM1,500 sebelum atau pada 30 Sep 2025

Bayaran Kedua: RM1,000 sebelum atau pada 30 Okt 2025

Bayaran Ketiga: RM1,000 sebelum atau pada 30 Nov 2025

 
Semester 3

Bayaran Pertama: RM1,200 sebelum atau pada 30 Mac 2026

Bayaran Kedua: RM1,000 sebelum atau pada 30 Apr 2026

Bayaran Ketiga: RM1,000 sebelum atau pada 30 Mei 2026

 

Kohort 7 (Kemasukan Sep 2025)

Mengikut ketetapan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional UKM (UKMShape).

 

Kohort 8 (Kemasukan Mac 2026)

Mengikut ketetapan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional UKM (UKMShape).

Pengiktirafan MQA Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UKM

MOHON SEKARANG!

Hantarkan permohonan anda kepada kami dengan klik pautan di bawah!

Sertai Channel Telegram Kami!

Klik pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat pengajian DPP UKM di Channel Telegram kami!