Utama / Kata Alu-Aluan

Kata-Kata Aluan

Selamat datang ke laman web rasmi Koperasi Siswazah Bangi Berhad

Jamalul Lail Abd Wahab
Pengerusi

Jamalul Lail Abd Wahab

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Segala puji bagi Allah SWT atas limpah kurnia-Nya, saya bagi pihak Lembaga Koperasi ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan selamat datang ke laman web rasmi Koperasi Siswazah Bangi Berhad.

Penubuhan koperasi ini merupakan satu manifestasi azam kami untuk memperkasakan golongan siswazah melalui platform ekonomi yang inklusif dan progresif. Di tengah-tengah arus perubahan ekonomi global, kami percaya bahawa semangat kerjasama (co-operative spirit) adalah kunci utama bagi melahirkan usahawan siswazah yang berdaya saing serta mandiri.

Kami sentiasa mengalukan saranan dan penyertaan aktif daripada semua anggota bagi memastikan koperasi ini terus relevan dan mampu memberikan impak positif kepada sosioekonomi negara.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama bergerak seiring dalam satu saf untuk memartabatkan martabat ekonomi siswazah.

Sekian, terima kasih.

Jamalul Lail Abd Wahab

Pengerusi Koperasi Siswazah Bangi Berhad