Sarjana Pendidikan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
MQA/SWA0549

Pelajar pengkhususan ini membincangkan pelbagai teori perkembangan kanak-kanak dari sudut perkembangan motor dan fizikal, persepsi, kognisi, bahasa, sosial dan moral. Pelajar juga didedahkan kepada amali di lapangan kajian bagi tujuan mengaplikasikan ilmu teori kepada dunia sebenar. Selain itu, pelajar membincangkan pendekatan kaedah pengajaran yang sesuai untuk kanak-kanak dan mengaitkannya dengan model serta praktis yang ada di serata dunia pada masa sekarang. Beberapa komponen penaksiran dan penilaian dalam bidang pendidikan prasekolah juga dikenalpasti dari segi pengertian, fungsi, etika, dan indikator kualiti instrumen penaksiran.

TUJUAN PROGRAM:

Membolehkan pelajarnya:
  • Menjadi pakar dalam bidang awal kanak-kanak yang merangkumi kanak-kanak berumur di antara 0-6 tahun; khasnya bagi mereka yang ingin menjawat jawatan sebagai pengasuh, guru, pengetua, pengurus dan pegawai pendidikan di jabatan kerajaan, swasta dan  badan bukan kerajaan.
  • Menjalani proses penyelidikan yang teliti agar menjadi penyelidik yang mahir dalam pendidikan awal kanak-kanak.
  • Meneroka peluang-peluang baru dalam industri/sektor pendidikan awal kanak-kanak bagi memantapkan lagi perkhidmatan yang sedia ada.

 

KURSUS-KURSUS PENGKHUSUSAN:

  • Teori Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kurikulum Prasekolah
  • Penaksiran dan Penilaian dalam Bidang Prasekolah
  • Pengurusan Tadika Cemerlang
  • Seminar Pendidikan Prasekolah