Pelajar pengkhususan ini membincangkan aspek-aspek penting dalam komponen linguistik Arab, perkembangan aliran pemikiran pendidikan bahasa Arab dan aplikasinya dalam konteks pendidikan bahasa Arab di Malaysia. Selain itu, pelajar didedahkan kepada asas-asas perancangan dan pembinaan kurikulum bahasa Arab serta pelaksanaan kurikulum bahasa Arab dalam suasana sistem pendidikan di Malaysia. Seterusnya pelajar membincangkan masalah-masalah yang timbul dari prisnsip-prinsip pemerolehan bahasa kedua dalam kalangan pelajar, iaitu pengaruh bahasa ibunda, perbezaan latar belakang dan masalah-masalah di sekolah dalam membelajari bahasa Arab.