Sarjana Pendidikan dalam Pendidikan Komputer
MQA/SWA0546

Pengkhususan ini memberi peluang kepada pelajarnya meneroka teori-teori dan strategi-strategi pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam program latihan komputer serta membincangkan peranan fasilitator bagi kursus-kursus komputer. Perbincangan juga dilanjutkan kepada isu-isu dan kepentingan pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan komputer dalam program pendidikan komputer, kepentingan komputer sebagai alat pemboleh kemahiran berfikir dan perananya dalam pembentukan negara yang menyumbang kepada tamadun teknologi. Penyelidikan-penyelidikan yang berkaitan dengan pendidikan komputer turut dibincangkan dan pelajarnya memperoleh pengetahuan, kemahiran serta pengalaman dalam mengaplikasikan pentaksiran, pengukuran dan penilaian untuk pendidikan komputer.

TUJUAN PROGRAM:

Membolehkan pelajarnya:
  • Berkepakaran dalam pengajaran dan pembelajaran komputer pelbagai institusi pendidikan.
  • Menguasai aspek-aspek kurikulum, pedagogi/andragogi; penilaian;kemahiran berfikir; penyelidikan untuk pendidikan komputer.
  • Berkebolehan sebagai agen perubahan dalam bidang Pendidikan Komputer dalam pembentukan negara khusus dalam usaha melahirkan sumber manusia dalam bidang perkomputeran yang menyumbang kepada tamadun teknologi berteraskan Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.

 

KURSUS-KURSUS PENGKHUSUSAN:

  • Pengajaran dan Pembelajaran Bantuan Komputer
  • Kejurulatihan Komputer
  • Pengajaran dan Pembelajaran Pengaturcaraan Komputer
  • Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan Komputer
  • Penyelidikan Pendidikan Komputer
  • Penilaian Pendidikan Komputer