Sarjana Pendidikan dalam Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan
MQA/SWA0548

Dalam program pengkhususan ini, pelajar mengkaji dan menganalisa jenis-jenis teori, faktor dan budaya yang mempengaruhi dan menggalakkan pembangunan usahawan di negara-negara membangun dan sedang membangun. Masalah dan budaya pengurusan kewangan turut dikupas dan dibincangkan, termasuk dari perspektif prinsip dan etika Islam dari zaman Rasulullah S.A.W. hingga zaman sekarang. Penubuhan dan pengendalian industri kecil dan sederhana, koperasi, kelab dan persatuan serta asas perakaunan turut dibincangkan. Selain itu, teori sains kognitif dan aplikasinya dalam pemikiran keusahawanan, pembangunan perniagaan, dan pendidikan keusahawanan turut dibincangkan.

TUJUAN PROGRAM:

Membolehkan pelajarnya:
  • Didedahkan kepada teori-teori model-model yang berkaitan dengan pendidikan perniagaan dan pembangunan keusahawanan.
  • Mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan perniagaan dan keusahawanan.
  • Mempertingkatkan pemikiran kreativiti dan inovasi berkaitan pendidikan perniagaan dan keusahawanan dalam kalangan pelajar.
  • Memperkenalkan pendekatan baru dalam pedagogi dan pengurusan latihan berkaitan pendidikan perniagaan dan keusahawanan.
  • Mempertingkatkan kepekaan terhadap aliran semasa dan perubahan-perubahan dalam pendidikan perniagaan dan keusahawanan.

 

KURSUS-KURSUS PENGKHUSUSAN:

  • Asas-asas Teori Pembangunan Usahawan
  • Pengurusan Kewangan bagi Usahawan
  • Keusahawanan dari Perspektif Islam
  • Pengurusan Enterprais Kecil dan Sederhana
  • Perakaunan Untuk Bukan Akauntan
  • Pengurusan Koperasi, Kelab dan Persatuan
  • Pemikiran Kreatif dan Inovatif Keusahawanan