Sarjana Pendidikan dalam Sosiologi Pendidikan
MQA/SWA0560

Dalam bidang ini, pelajar membelajari teori-teori tentang perubahan sosial serta membincangkan isu dan masalah sosial yang timbul akibat perubahan yang berlaku, dan bagaimana pendidikan berubah dalam menangani keadaan tersebut. Pelajar turut mengkaji hubungan antara pendidikan dengan pembangunan ekonomi dan politik. Bidang ini turut mendedahkan pelajar kepada bagaimana arus ekonomi dan perubahan struktur penduduk (misalnya taburan umur, kadar lahir dan kematian, kumpulan etnik) dan pelaburan insan memberi kesan kepada perancangan dan dasar pendidikan. Pelajar juga meninjau isu-isu semasa dan aliran baharu dalam pendidikan dari perspektif sejarah, sosiologi, dan falsafah.

TUJUAN PROGRAM:

Membolehkan pelajarnya:
  • Mahir dan berupaya untuk mengaplikasikan teori-teori sosiologi dalam pendidikan, penyelidikan dan khidmat komuniti dan menjadi pakar rujuk untuk menyelesaikan isu-isu pendidikan dan masyarakat.
  • Diperkasakan kemahiran generik dan insaniah bagi meningkatkan kompetensi mereka dalam melakukan penyelidikan perbandingan serta kepelbagaian komuniti yang berimpak tinggi.
  • Dikembangkan potensi dalam pengurusan masa senggang yang produktif dan kemahiran inter-personal ke arah pembinaan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.
  • Membudayakan pendidikan sepanjang hayat secara beretika.

 

KURSUS-KURSUS PENGKHUSUSAN:

  • Pendidikan dan Perubahan Sosial
  • Pendidikan Pembangunan
  • Sosiologi Pendidikan
  • Pendidikan, Penduduk dan Aliran Ekonomi
  • Sekolah dan Masyarakat
  • Pendidikan, Pekerjaan dan Senggang