Sarjana Pendidikan dalam Teknologi Pendidikan
MQA/SWA0558

Dalam pengkhususan ini, pelajar mengkaji perkembangan dan isu pelbagai sumber dan sistem maklumat serta tren teknologi terkini dalam pendidikan hari ini. Pelajar turut didedahkan kepada jenis dan aspek pengeluaran dan penggunaan media pengajaran dan membelajari cara-cara merekabentuk, mengeluarkan dan menggunakan media bantuan mengajar, tidak kira untuk sekolah, institusi pengajian tinggi atau firma. Selain itu, pengetahuan tentang penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi terkini turut ditekankan agar pelajar menguasai kemahiran perpustakaan dan kemahiran maklumat yang merupakan komponen asas kepada budaya bepembelajaran sepanjang hayat. Pelajar juga didedahkan kepada rekabentuk, pelaksanaan, dan penilaian program literasi maklumat serta proses yang terlibat dalam pembanguan perisian pengajaran dan pembelajaran bantuan komputer.

TUJUAN PROGRAM:

Membolehkan pelajarnya:

  • Menguasai ilmu dan amalan dalam bidang sumber dan teknologi maklumat melalui proses pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menggunakan kemahiran penyelidikan untuk menyelesaikan masalah dan menjana ilmu dan amalan baru dalam bidang sumber dan teknologi maklumat.
  • Berkongsi ilmu dan amalan baru dalam bidang sumber dan teknologi pendidikan maklumat kepada pengamal dan penyelidik dalam bidang secara bertanggungjawab dan beretika.
  • Menjadi pemimpin atau ahli kumpulan yang komited bagi mengembangkan bidang sumber dan teknologi maklumat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 

KURSUS-KURSUS PENGKHUSUSAN:

  • Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
  • Pengeluaran dan Penggunaan Media Pengajaran
  • Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
  • Rekabentuk dan Penggunaan Kemudahan Maklumat
  • Pengajaran dan Pembelajaran Bantuan Komputer