Sarjana Pendidikan UKM
Mod Cuti Sekolah

Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan

Pengajian Mod Cuti Sekolah

Jadual pengajian disusun secara teliti supaya kuliah dijalankan semasa cuti penggal sekolah mengikut kalendar akademik sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Jumlah jam kredit, kandungan kursus, serta tenaga pengajar untuk pengajian mod cuti sekolah adalah sama seperti pengajian arus perdana di universiti.

Melalui pengajian mod cuti sekolah, pelajar tidak perlu mengorbankan kerjaya atau mengambil cuti panjang untuk melanjutkan pengajian. Pelajar boleh menumpukan perhatian kepada karier masing-masing dan hanya perlu mengikuti kuliah pengajian semasa cuti sekolah.

Cuti Penggal Sekolah 2026

Kumpulan A:

(Kedah, Kelantan dan Terengganu)

20 Mac 2026 – 28 Mac 2026

22 Mei 2026 – 6 Jun 2026

28 Ogos 2026 – 5 Sep 2026

4 Dis 2026 – 31 Dis 2026

Kumpulan B:

(Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, W.P. Kuala Lumpur, W.P. Labuan & W.P. Putrajaya)

21 Mac 2026 – 29 Mac 2026

23 Mei 2026 – 7 Jun 2026

29 Ogos 2026 – 6 Sep 2026

5 Dis 2026 – 31 Dis 2026

Yuran Pengajian

Yuran pengajian berjumlah RM17,000.00 untuk pengajian selama empat semester. Bayaran yuran hendaklah dijelaskan secara penuh setiap semester mengikut struktur jadual bayaran yuran di bawah:

JADUAL BAYARAN YURAN SARJANA PENDIDIKAN

Kohort 9 (Kemasukan Feb 2025)

Semester 1

Bayaran Pertama: RM1,500 sebelum atau pada 15 Januari 2025

Bayaran Kedua: RM1,900 sebelum atau pada 30 Mac 2025

Bayaran Ketiga: RM1,800 sebelum atau pada 30 Apr 2025

Bayaran Keempat: RM1,600 sebelum atau pada 30 Mei 2025

 

Semester 2

Bayaran Pertama: RM1,500 sebelum atau pada 30 Sep 2025

Bayaran Kedua: RM1,400 sebelum atau pada 30 Okt 2025

Bayaran Ketiga: RM1,300 sebelum atau pada 30 Nov 2025

Bayaran Keempat: RM900 sebelum atau pada 30 Dis 2025

 

Semester 3

Bayaran Pertama: RM1,500 sebelum atau pada 30 Mac 2026

Bayaran Kedua: RM1,400 sebelum atau pada 30 Apr 2026

Bayaran Ketiga: RM1,300 sebelum atau pada 30 Mei 2026

Bayaran Keempat: RM900 sebelum atau pada 30 Jun 2026

 

Kohort 10 (Kemasukan Mac 2026)

Mengikut ketetapan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional UKM (UKMShape).

Buku Panduan Siswazah

Buku Panduan Siswazah Fakulti Pendidikan UKM mengandungi panduan pengajian pelajar siswazah UKM dan peraturan-peraturan yang berkaitan daripada pendaftaran kursus sehingga ke syarat graduasi. Selain itu, buku panduan ini turut menggariskan kursus-kursus yang perlu diambil oleh pelajar semua bidang pengkhususan Fakulti Pendidikan. Sila klik gambar di bawah untuk memuat turun Buku Panduan Siswazah edisi terkini (Sesi Akademik 2022/2023).

MOHON SEKARANG!

Hantarkan permohonan anda kepada kami dengan klik pautan di bawah!

Sertai Channel Telegram Kami!

Klik pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat pengajian Sarjana Pendidikan UKM di Channel Telegram kami!