Sarjana Pendidikan UPSI
Mod Cuti Sekolah (Pemindahan Kredit)

Pengajian Mod Cuti Sekolah

Jadual pengajian disusun secara teliti supaya kuliah dijalankan semasa cuti penggal sekolah mengikut kalendar akademik sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Jumlah jam kredit, kandungan kursus, serta tenaga pengajar untuk pengajian mod cuti sekolah adalah sama seperti pengajian arus perdana di universiti.

Melalui pengajian mod cuti sekolah, pelajar tidak perlu mengorbankan kerjaya atau mengambil cuti panjang untuk melanjutkan pengajian. Pelajar boleh menumpukan perhatian kepada karier masing-masing dan hanya perlu mengikuti kuliah pengajian semasa cuti sekolah.

Cuti Penggal Sekolah 2026

Kumpulan A:

(Kedah, Kelantan dan Terengganu)

20 Mac 2026 – 28 Mac 2026

22 Mei 2026 – 6 Jun 2026

28 Ogos 2026 – 5 Sep 2026

4 Dis 2026 – 31 Dis 2026

Kumpulan B:

(Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, W.P. Kuala Lumpur, W.P. Labuan & W.P. Putrajaya)

21 Mac 2026 – 29 Mac 2026

23 Mei 2026 – 7 Jun 2026

29 Ogos 2026 – 6 Sep 2026

5 Dis 2026 – 31 Dis 2026

Syarat Kemasukan

  • Terbuka kepada semua guru atau pemegang Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPSP/DPP) atau Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) daripada universiti yang diiktiraf.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred B bagi subjek yang dipindah kredit.
  • Pemohon perlu memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 2.75 di peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk program di bawah Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) dan Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), ATAU PNGK 2.50 untuk program Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) dan Fakulti Sains dan Matematik (FSM).

Yuran Pengajian

Yuran pengajian berjumlah RM15,000.00 untuk pengajian selama tiga semester. Bayaran yuran hendaklah dijelaskan secara penuh setiap semester mengikut struktur jadual bayaran yuran di bawah:

Semester 1

Mar 2026: RM3,000.00

Mei 2026: RM3,000.00

Semester 2

September 2026: RM3,000.00

Disember 2026: RM3,000.00

Semester 3

Mar 2027: RM3,000.00

Mei 2027: