Pinjaman Pendidikan Tanpa Faedah KSBB
Koperasi Siswazah Bangi Berhad (KSBB) menawarkan **Pinjaman Pendidikan Tanpa Faedah KSBB bagi pelajar Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif (Mod Cuti Sekolah)
PERMOHONAN SECARA BERKUMPULAN KINI DITUTUP
*rujuk syarat pinjaman bagi penangguhan penghantaran permohonan akibat penularan wabak COVID-19
SYARAT-SYARAT PINJAMAN PENDIDIKAN TANPA FAEDAH KSBB
- Terbuka kepada pelajar bagi Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif (Mod Cuti Sekolah) yang telah membuat bayaran minimum yuran pengajian sebanyak RM1,500 dan mendaftar masuk pengajian.
- Warganegara Malaysia.
- Berusia 45 tahun dan ke bawah.
- Mempunyai pekerjaan tetap.
- Tidak disenaraihitam dalam CTOS.
- Tidak boleh menarik diri dari pengajian.
- Pinjaman diberikan secara BERKUMPULAN (3 orang pelajar bagi 1 kumpulan) pada Semester 2 dan Semester 3 pengajian dengan nilai RM5,000 bagi setiap pelajar atau RM15,000 bagi setiap kumpulan.
- Setiap ahli kumpulan perlu mengisi borang permohonan.
- Kelulusan pinjaman akan dipertimbangkan selepas permohonan yang diterima lengkap dan memenuhi syarat yang ditetapkan.
- Bayaran pemprosesan RM100 setiap seorang (bagi urusan perjanjian, stamping, carian CTOS, penghantaran dokumen dan lain-lain) dikenakan setelah permohonan pinjaman diluluskan.
- Jaminan bayaran balik adalah secara berkumpulan selepas tamat pengajian (bermula Januari).
- Tarikh akhir penerimaan permohonan adalah pada MAC setiap tahun.
Jangan lepaskan peluang ini!!!
Maklumat lanjut hubungi Koperasi Siswazah Bangi Berhad atau sertai grup telegram berikut:
Pusat Pengajian UKM Bangi :
Pusat Pengajian UKM Bangi :
Pusat Pengajian IPTAR Kota Samarahan SARAWAK :
Pusat Pengajian Kota Kinabalu SABAH :
Pusat Pengajian IPG Kota Bharu :
**Tertakluk kepada terma dan syarat