Pinjaman Pendidikan Tanpa Faedah KSBB

Koperasi Siswazah Bangi Berhad (KSBB) menawarkan **Pinjaman Pendidikan Tanpa Faedah KSBB bagi pelajar Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif (Mod Cuti Sekolah) Ambilan 2020

PERMOHONAN SECARA BERKUMPULAN KINI DIBUKA SEHINGGA 27 MAC 2020!!!

*rujuk syarat pinjaman bagi penangguhan penghantaran permohonan akibat penularan wabak COVID-19

SYARAT-SYARAT PINJAMAN PENDIDIKAN TANPA FAEDAH KSBB

  • Terbuka kepada pelajar bagi Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif (Mod Cuti Sekolah) Ambilan 2020 yang telah membuat bayaran minimum yuran pengajian sebanyak RM1,500 dan mendaftar masuk pengajian pada atau selepas 14 Mac 2020.
  • Warganegara Malaysia.
  • Berusia 45 tahun dan ke bawah.
  • Mempunyai pekerjaan tetap.
  • Tidak disenaraihitam dalam CTOS.
  • Tidak boleh menarik diri dari pengajian.
  • Pinjaman diberikan secara BERKUMPULAN (3 orang pelajar bagi 1 kumpulan) pada Semester 2 dan Semester 3 pengajian dengan nilai RM5,000 bagi setiap pelajar atau RM15,000 bagi setiap kumpulan.
  • Setiap ahli kumpulan perlu mengisi borang permohonan.
  • Kelulusan pinjaman akan dipertimbangkan selepas permohonan yang diterima lengkap dan memenuhi syarat yang ditetapkan.
  • Bayaran pemprosesan RM100 setiap seorang (bagi urusan perjanjian, stamping, carian CTOS, penghantaran dokumen dan lain-lain) dikenakan setelah permohonan pinjaman diluluskan.
  • Jaminan bayaran balik adalah secara berkumpulan selepas tamat pengajian (bermula Januari 2022).
  • Tarikh akhir penerimaan permohonan adalah pada 27 MAC 2020.
  • *Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan Malaysia akibat penularan wabak COVID-19, penghantaran borang permohonan beserta dokumen ditangguhkan sehingga 12 Mei 2020.
Jangan lepaskan peluang ini!!!
 
Maklumat lanjut hubungi Koperasi Siswazah Bangi Berhad atau sertai grup telegram berikut:

Pusat Pengajian UKM Bangi : UKM Intake 2020

Pusat Pengajian IPTAR Kota Samarahan SARAWAK : IPTAR Intake 2020
Pusat Pengajian Kota Kinabalu SABAH : KK Intake 2020
Pusat Pengajian IPG Kota Bharu : KB Intake 2020

**Tertakluk kepada terma dan syarat